Sunday, February 26, 2023

Sinopsis e-novel Tebusan

Tebusan, tajuk e-novel hasil karya Azahar Tajuddin atau nama penanya Alcatraz kini telah dibuat di dalam bahasa melayu, dan jika novel ini dibuat di dalam bahasa Inggeris ia memakai tajuk "Kidnap'" Novel ini mengisahkan Elena seorang gadis remaja dari Sakhalin yang telah mengalami kekecewaan dan juga kemurungan setelah dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Di atas apa yang berlaku itu Elena telah mengambil keputusan dengan hanya untuk mendiamkan diri di dalam rumahnya sahaja tanpa mahu menemui sesiapa mahu pun teman-teman yang paling rapat sekali dengannya. Dia berbuat sedemikian kerana semata-mata dia mahu melupakan teman lelakinya itu. Setelah beberapa bulan dia menyepikan diri di rumahnya Elena merasa tersangat bosan keatas apa yang dilakukannya itu. 

Elena mula mengubah gaya hidupnya dengan cuba mencipta satu tarian disco ciptaanya sendiri, untuk menjadi pereka tari sepertimana yang dimahukan itu tidaklah susah baginya, kerana Elena ada mempunyai diploma seni tari iaitu tarian ballet, dia sudah belajar tarian ballet itu pada waktu umurnya lima tahun lagi. Maka itu, setiap hari pagi petang siang dan malam dia sering menari di dalam kamarnya sambil membukakan lagu-lagunya dengan kuat.

Kerana terlalu rimas dan terganggu dengan bunyi dentuman yang kuat, bapa Elena telah memanggil tukang rumah yang profesional untuk mengubah suaikan bilik Elena itu. Kini segalanya telah selesai kerana bilik Elena itu telah dibuat sound prof. Biar pun Elena membuka lagu-lagu itu dengan kuat seperti sesalu tetapi di luar bunyinya tidak kedengaran. Daripada wajahnya yang nampak kemurungan pada suatu ketika dahulu kini Elena menjadi ceria semula setelah bapanya membenarkan Elena untuk menyertai suatu pertandingan tarian disebuah kelab yang ternama di St. Peterburg itu. 

Setelah berada di St Petersburg gaya kehidupan Elena telah berubah dengan sekelip mata, apa yang lakukan selama ini rupanya tidak sia-sia, Elena telah menjuarai pertandingan tersebut, dan namanya pula tersebar meluas di dada akhbar, dan juga dimedia elektronik diseluruh Russia. Elena mendapat hadiah yang lumayan, wang bernilai US $100,000 ribu berserta tiket penerbangan ke Bali serta menginap di hotel yang ternama di Indonesia selama seminggu ditanggung oleh kelab yang ternama itu. Inilah detik yang paling terindah sekali bagi seorang gadis remaja yang berada pada eranya. Dengan hanya berdiam diri di rumah itu sebenarnya ada hikmahnya pula sebaliknya setelah dia ditinggalkan oleh kekasihnya itu. Elena sudah mula kembali seperti dirinya yang dulu, dia lansung tidak lagi memikirkan tentang masalah yang lalu itu.

Beberapa hari kemudian, setelah dia kembali ke Sakhalin dia telah menolak serta tidak mahu dibuat temuramah dengan mana-mana wartawan dan juga setesen Tv, Elena mengambil keputusan untuk meninggalkan negaranya dengan bertujuan hanya untuk melancung ke negara Asia Tenggara. Akan tetapi, Elena pula telah mengubahkan fikirannya, Elena memulangkan tiket penerbangan itu dengan mengatakan dia tidak mahu pergi ke Bali, dengan alasan dia tidak mahu pergi kemana-mana. Setelah dia mendapat wang daripada tukaran tiket penerbangan itu lain pula niatnya. Dia mahu memulakan perjalanannya dengan hanya mengambil jalan darat dengan menaiki keretapi pergi ke Nepal, India, Bangladesh, Myanmar hingga ke negara Thailand. Apabila dia telah berada di Padang Besar, dia pun cuba menelefon Roslan dengan cara saja-saja sebagai untuk bertanya khabar, kerana dia baru teringat bahawa Roslan rakannya yang sama belajar di Ukraine itu dulu adalah warga negara Malaysia. 

Roslan yang mendapat panggilan daripada Elena itu pula tidak menyangka bahawa Elena itu sudah berada di Malaysia, dia menjadi terkejut, dan dia menelefon Elena sekali lagi serta dia berpesan supaya teman lamanya itu tidak pergi kemana-mana lagi, kerana dia akan menjemput Elena itu dengan membawa keretanya sendiri menjemputnya ke Padang Besar. Elena tersangat gembira mendengarkan berita itu.

Setelah Roslan menjemput Elena di Padang Besar itu dia membawa teman lamanya itu berehat di rumah rumah kakaknya yang berada di Pulau Langkawi. Secara kebetulan pula Roslan baru membukakan perniagaan kraf tanagan serta kain batik dan songket di Langkawi itu. Setelah empat hari Elena berada di Langkawi dia mengajak Roslan menemaninya ke Tg Piai, kerana Elena teringin sangat mahu memijakkan kakinya ke tanah yang paling hujung sekali di selatan benua Asia itu. Roslan bersetuju untuk menemani Elena untuk pergi ke Johor. Mereka menghabiskan masa di Tg Piai hanya enam jam sahaja, kemudiannya mereka berdua bermalam di Singapura.

Setelah empat hari mereka berehat di Kota Temasik itu, Elena mengajak Roslan pergi ke Pulau Sipadan Sabah pula. Roslan pada mulanya merasa keberatan untuk pergi kesana kerana Elena berkata dia mahu pulang ke Russia melalui Singapura sahaja, apabila Elena berkata dia masih lagi merasa tak puas untuk berada di bumi Asia Tenggara, maka Roslan pun bersetuju untuk menemankannya untuk pergi ke negeri di bawah bayu itu. 
 
Di Singapura itu, Roslan merasakan dirinya seperti dipermain-mainkan oleh Elena pula, Roslan merasa terkejut dan gementar setelah dia membuka dompet Elena yang tertinggal di kamarnya itu, dia terlihat ada sekeping gambar Elena sedang bersama ayah dan ibu berserta juga adik perempuannya.Yang membuatkan Roslan itu menjadi tand tanya kerana dia melihat bapa Elena itu memakai unifom tentera yang berpangkat tinggi. Sedangkan apa yang dia tahu di universiti itu dulu daftar rekord pelajar-pelajar telah tercatit bapa Elena itu berkerja sebagai petani sahaja. Tetapi kini lain pula maklumat peribadi temannya itu. Roslan mengambil keputusan untuk meninggalkan Elena di Singapura itu, dan dia mahu segera balik ke Langkawi. Akan tetapi apabila dia melihat Elena menangis, dan meminta maaf diatas penipuan dirinya selama ini dia menjadi kasihan pula keatas Elena. Dan pagi itu juga Elena menceritakan segalanya pada Roslan bahawa dia dengan kekasihnya sudah tiada apa-apa lagi. Roslan akhirnya bersimpati dengan dengan temannya itu, dan seterusnya dia pun bersetuju untuk menemani Elena ke Sabah.


 

Di bumi di bawah bayu itu keadaan Roslan sudah berubah pula, dia mula mencintai Elena. Begitu juga keadaannya dengan Elena, perasaannya kepada Roslan semakin mendalam. Elena seolah-olah tidak mahu meninggalkan Roslan, dia pula berubah fikiran dengan mahu tinggal lama di pulau Sipadan itu. Elena menempah resort itu untuk tinggal selama sebulan. walaupun mereka itu pergi melawat ke tempat-tempat lain di Sabah itu akan tetapi mereka pasti akan kembali ke pulau itu semula.

Kerana mereka tinggal lama di Sabah, Roslan terpaksa tinggalkan Elena untuk beberapa waktu kerana dia mahu baalik ke Langkawi untuk meguruskan perniagaannya. Dia berjanji pada Elena dia bahawa dia pulang ke Langkawi selama seminggu, selepas itu dia akan datang semula ke Sabah. Namun apa yang terjadi ke atas diri masing-masing, baru tiga hari tidak bersua muka maasing-masing mnjadi gelisah, segala-gala apa yang dibuat semuanya tak kena. Siang dan malam masing-masing sama-sama merindui. Roslan ingin mengubah rancangannya, dia mahu berangkat ke Sabah pada hari jumaat. 

Tetapi dia pula merasa terkejut, pada hari ketiga itu Elena telah datang ke Langkawi untuk melepaskan rindunya. Pada kali ini pula Elena tidak menginap di rumah kakak Roslan, dia hanya menginap di hotel berdekatan pantai Cenang itu. Melihatkan keadaan serta riak diraut wajah Roslan dan Elena itu, Zuraidah kakak kepada Roslan sudah mula menjadi kurang senang, kerana dia tahu adiknya itu dengan Elina itu adalah bukan muhrim. Kakak Roslan telah memarahi adiknya itu di dalam rumahnya. Sebagai seorang adik, Roslan dengar serta patuhi kepada kemahuan kakaknya itu. Namun disebaliknya pula, Roslan telah menipu kakaknya itu dengan mengatakan dia hanya mahu menghantar Elena ke Lapangan terbang untuk pulang ke negaranya. Akan tetapi, pada hari jumaat itu pasangan yang dilamun cinta itu telah terbang ke Sabah semula. Mereka kembali ke pulau Sipadan. Dan di dalam pesawat penerbangan itu mereka telah merancang mahu pergi ke Bali Indonesia pula.

Namun sedemikian, takdir telah menentukan segalanya. Setelah tiga hari mereka berada di pulau itu, satu kejadian yang tidak diingini pula telah berlaku. Sekumpulan pengganas Abu Sayyaf telah menculik mereka berdua, dan merampas bot yang dipandu oleh Roslan itu, bot yang disewakan Roslan itu lalu dibawa ke tempat persembunyian Abu Sayyaf di kawasan sebuah pulau terpencil di perairan Philipina. Kedua-dua pasangan itu semakin menjadi cemas dan buntu serta tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi, mereka berdua itu hanya berserah diri kepada Allah sahaja.

Dalam keadaan siuasi yang mencemaskan itu Roslan cuba berbuat sesautu. Dia juga sangat mahir dengan perairan di laut Sabah, laut Sulu dan serta laut Celebes, kerana dia sering mengikut bapa saudaranya yang merupakan seorang kapten kapal tangki yang sering belayar ke Filipina dan juga ke Indonesia pada ketika dia sedang menunggu keputusan SPM itu dulu. Dan sebelum dia pergi belajar ke Ukraine, dia telah mengikut bapa saudaranya itu hampir dua tahun berkerja di atas kapal. Dengan pengalaman belajar navigasi dengan bapa saudaranya itu Roslan sudah dikira mahir dan tahu membaca peta-peta lautan serta memberikan kordinat yang tepat jika sesebuah kapal itu menghadapi kecemasan atau pun kapal yang akan tenggelam di sesuatu perairan itu.

Dengan semangat keberanian, serta bertawakal kepada apa-apa yang berlaku itu Roslan telah dapat mencuri masuk kedalam bilik setor penyimpanan makan dan perubatan pada ketika anggota kumpulan itu sedang nyenyak tidur serta keletihan. Di atas meja di dalam setor itulah Roslan dapat membaca kedudukan kordinat pulau yang terpencil itu kerana ada beberapa keping charta lautan yang sememangnya berada di atas meja itu. Dengan membaca kordinat Latitude dan Longitude yang ditandakan pada atas charta itu dia ingin berbuat sesuatu untuk mendapankan bantuan dan pertolongan daripada pihak berkuasa Filipina, Malaysia ataupun Indonesia.

Tetapi dia gagal untuk berbuat sedemikian, kerana bimbang pihak pengganas itu tahu apa yang mahu diperkatakan. Akhirnya dia mendapat satu idea. Dia meminta menggunakan telefon satelit kepunyaan Abu Sayyaf itu untuk menghubungi bapa Elena yang berada di Russia itu.


Monday, October 8, 2018

Synopsis of Izzati Samudera

Izzati Samudera, The story begins with a couple living in America. They have committed major crimes involving the financial Industry in America. Latifah and Hassan have managed to transfer money belonging to the biggest drug dealers in America, as well as money from casinos located all over the world. Latifah and Hassan have managed to transfer money belonging to drug dealers, and also money belonging to casino owners around the world into their accounts. They did so because they wanted to sponsor the IS faction in the middle east. For three years they did the work without being detected by anyone. But before the couple wanted to leave America, they were arrested by the FBI.

Hassan was sentenced to twenty years in prison, and Latifah was imprisoned for five years. Three days before they were arrested, Latifah managed to transfer all the money into her sister's account named Faizzah. Latifah told her sister to continue their struggle. She wants Izzah to meet David Shang, who is in southern Thailand to manage arms smuggling to the middle east. At first, Izzah agreed to go ahead for the project. But when Izzah returned to Malaysia she changed her mind. Izzah did not want to sponsor the sale of the weapons to IS, but she opened a shipping company to help the less fortunate. Finally, she meets her old friend named Amree. Since that meeting, they have been in a relationship like before.

Izzah did not know that Amree had experience in the maritime industry. After Izzah found out that Amree had experience as a navigation officer, she offered Amree as chief executive officer to manage her shipping company. Izzah wants Amree to manage and search of the necessary spare parts for use on board. But at first, Amree wanted to be a temporary worker, because he wanted to teach Wong's nephew named Swee Peng at the Jupiter 8 night club every noon. Izzah understood what Amree had said

Amree has good talent as a night club musician. When a band ended its contract at the club, Amree would play music at the night club temporarily while waiting for the new band to come to the venue. Izzah agrees to the problem as long as Amree wants to help her in the office because she has started to love him.
 

                                       



by Alcatraz


Sinopsis e-novel Tebusan

Tebusan, tajuk e-novel hasil karya Azahar Tajuddin atau nama penanya Alcatraz kini telah dibuat di dalam bahasa melayu, dan jika novel ini ...