Saturday, September 19, 2026

Sinopsis 2 Terkuncinya Pintu Bahtera

 

Setelah seminggu Julia berada di atas kapal itu, kini dia sudah tidak dapat menjejakkan kakinya ke darat lagi. Kerana setelah Azmi bersama Hamzah rakannya itu telah pergi ke atas jetti pulau ketam itu mereka telah terdengar suara-suara orang-orang Zaidi yang sedang berbual di atas pelantar jetti itu. Mereka itu masih menyebut nama Julia. Itu yang membuatkan Azmi menjadi risau dan ketakutan. Lalu Azmi tidak membenarkan Julia itu menjejakkan kakinya ke daratan lagi. Kerana dia bimbang orang-orang Zaidi akan menagkapnya. Azmi mencuba dengan sedaya upayanya mencari jalan lain untuk membawa Julia untuk pergi ke Kuala Pilah tanpa dilihat oleh orang-orang Zaidi. Yang menjadi masaalah besarnya pula ialah orang-orang Zaidi setiap hari masih mencari Julia di atas jetti itu. Mereka tahu Julia masih berada di Pelabuhan Klang itu, kerana pemandu teksi yang membawa Julia pergi ke jetti itu telah memberi tahu kepada orang-orang Zaidi bahawa dia yang membawakan Julia ke terminal jeti pulau ketam itu. Orang-orang Zaidi hanya tahu Julia itu masih lagi berada di pelabuhan Klang itu, tetapi mereka-mereka itu tak tahu Julia itu tinggal dimana.

Sedang Azmi memikirkan apa yang harus dilakukan untuk Julia, dia pula mendapat satu berita yang agak mendukacitakan. Kapten Morshidi telah menelifonnya dari kampung mengarahkan supaya Azmi menjaga kapal itu dengan baik, kata kaptennya lagi kali ini kapal itu akan berlabuh lebih lama daripada biasa. Kerana negara sedang menghadapi krisis mata wang angkara George Soros. Azmi menjadi serba tak kena memikirkan apa nasibnya pada masa akan datang.

Dua minggu Julia berada di atas kapal itu, satu lagi berita yang agak menyedihkan Azmi. Kapten Morshidi memberitahu Azmi melalui telefon secara rahsia pula telah berkata, separuh daripada anak-anak kapal Altavista itu akan diberhentikan oleh majikan. Dan kapal akan berlabuh terlalu lama, hanya tunggu ekonomi kembali pulih semula baru Altavista akan belayar semula. Berita itu membuatkan semua anak-anak kapal yang berada di atas kapal itu setiap hari memikirkan nasib mereka masing-masing. Walaupun Azmi merahsiakan perkara itu daripada rakan-rakannya, akan tetapi mereka yang berkerja di bahagian jentera itu dapat tahu juga kerana ketua jurutera mereka pula yang menelefon mereka. Bukan Altavista sahaja yang telah berlabuh lama, ada beberapa lagi kapal-kapal yang lain juga kelihatannya telah berlabuh lama seperti Altavista juga. 

Julia sangat memahami perasaan Azmi. Dia sangat-sangat terhutang budi dengan orang yang telah menyelamatkan dirinya. Dia berniat jika Azmi akan diberhentikan oleh majikannya dia akan meminta ibunya supaya mengambil Azmi berkerja di agensi pelancungan milik ibunya itu. Tetapi dia tidak ajukan perkara itu kepada Azmi, dia simpankan perkara itu di dalam hatinya. Memikirkan Julia sudah sebulan berada di atas kapal itu, Azmi cuba menggunakan radio telefon yang ada di atas kapal itu. Azmi cuba menghubunngi puan Juliza ibu Julia itu. Azmi juga bijak, dia tidak menghubungi ke rumah kediaman puan Juliza, dia menghubungi telefon Farah di pejabatnya. Setelah Julia ceritakan segala-galanya barulah puan Juliza tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kepada anak tunggalnya itu. Puan Juliza sembunyikan perkara itu daripada pengetahuan Zaidi. Farah, pembantu puan Juliza pada mulanya sangat prejudis terhadap Azmi. Dia menganggap Azmi cuba nak memerangkap Julia. Akan tetapi dengan satu persatu penjelasan yang diberikan kepada puan Juliza akhirnya dia memahami dan percaya apa yang Azmi lakukan itu adalah dengan iklas semata-mata. Puan Juliza yang sebelum ini sangat bimbang dan resah memikirkan soal Julia, akhirnya dia menadah tangan dan bersyukur kepada Allah kerana Julia ditemukan dengan orang seperti Azmi itu.

Wednesday, September 9, 2026

Sinopsis 1 Terkuncinya Pintu Bahtera

Terkuncinya pintu bahtera, bermula daripada kesah Azmi yang pada sebelum itu telah melakukan pelbagai perkerjaan yang dilakukannya. Tetapi dia jarang kekal lama dengan satu-satu perkerjaannya itu. Akan tetapi, setelah Nizam adik ipar kepada kapten Morshidi itu yang merupakan rakannya telah mangajak Azmi mengikutnya belayar bersama dengan abang iparnya, Azmi terus kekal lama bersama kapten Morshidi dengan syarikat perkapalan tersebut. Sedangkan Nizam itu yang dahulunya merupakan bekas pelaut daripada syarikat perkapalan yang terbesar di Malaysia iaitu Misc telah kembali ke syarikat Misc itu semula. Maka Azmi pula kekal bersama kapten Morshidi di atas kapal Altavista.

Setelah dia berada di dalam dunia maritim pula Azmi sangat selesa dan sangat menyukai dibidang yang diceburinya itu. Dia pula sangat senang bersama kaptennya, dan lebih-lebih lagi dia tinggal sekampung dengan kapten Morshidi. Dan Azmi juga sangat terhutang budi kepada kapten Morshidi itu kerana sejak dia mula menjejak kakinya di atas kapal itu dia tak tahu apa-apa, kerana dia lansung tak ada pengalaman tentang dunia pelayaran. Kapten Morshidi lah yang melatih Azmi itu sehingga dia diiktirafkan sebagai pelaut yang terlatih. Bukan itu saja, Azmi yang pada mulanya menjadi sebagai buroh maritim sahaja, kini dia telah melonjak naik akan kecekapan di dalam ilmu pelayarannya itu, adakalanya dia menjadi pegawai navigasi sementara. Lama kelamaan Azmi telah menjadi orang kercayaan kaptennya. Jika di selat melaka dan merentasi laut china selatan Azmi yang akan menavigasi kapal Altavista itu jika kaptennya itu mahu buat permeriksaan di ruangan kargo. Jika Altavista kembali dari pelayarannya Azmi akan pulang ke kampung bersama-sama dengan kaptennya.

Namun begitu, Azmi masih lagi tidak mempunyai lesen yang sah untuk memegang jawatan sebagai pembantu nakhoda, untuk mendapatkan lesen tersebut Azmi harus pergi ke Akademi Laut selama beberapa bulan baru dia boleh menduduki peperiksaan kecekapan di Jabatan Laut Malaysia itu. Lama kelamaan Azmi merasa berat kakinya untuk meninggalkan Altavista. Kerana dia sudah merasa selesa dan sangat senang dengan majikannya yang kesemua pengurus-pengurusnya berketurunan India muslim yang sangat berpegang kepada ajaran-ajaran Islam. Biarpun banyak rakan-rakannya yang sudah bertukar kepada syarikat perkapalan yang lain, namun Azmi dengan kapten Morshidi masih kekal dan setia bersama dengan Altavista. Azmi batalkan niatnya untuk bercuti panjang itu. Dia terus menjalankan operasi pelayarannya.

Dalam pada itu pula Julia yang merupakan anak tunggal kepada puan Juliza telah mempunyai masaalah dan sangat berisiko untuk tinggal di dalam rumahnya itu. Julia sudah tahu segala-galanya apa yang dilakukan oleh bapa tirinya di dalam rumahnya itu. Zaidi bapa tirinya itu adalah merupakan seorang ketua penjenayah yang sangat terancang. Zaidi dan orang-orangnya juga sering melakukan transit dan pembungkusan dadah, dan mencetak wang palsu dan juga pemerdagangan manusia untuk sendikit pelacuran. Zaidi yang berkahwin dengan Juliza itu hanyalah untuk dijadikan sebagai batu loncatan sahaja. Dia melakukan kerja-kerja haram di dalam rumah itu hanya waktu separuh hari waktu berkerja sahaja. Kerana pada waktu-waktu seperti itu puan Juliza dan Julia itu tak ada di dalam rumah itu. Lama kelamaan dengan desakkan serta aduan yang diajukan oleh Julia itu akhirnya ibunya percaya apa yang dikatakan anaknya itu. Juliza menyedari bahawa dia sudah masuk perangkap Zaidi.

Hati puan Juliza remuk dan hancur berkecai. Dia sering berfikir sendirian bagaimana dia begitu bodoh dan boleh percaya dengan dengan orang seperti Zaidi itu. Dia menyembunyikan akan perkara itu dari pengetahuan sesiapa. Apa lagi dengan kedua-dua orang tuanya di kampung itu yang tidak merestui dengan perkahwinan kali keduanya itu. Puan Juliza begitu kuat semangatnya, dia cuba cari jalan untuk keluar daripada Zaidi. Sebagai bekas seorang ketua peramugari yang mempunya agensi perlancungan sendiri dan mempunyai wang simpanannya, dan juga wang pampasan insuran kapten Firdaus itu sudah cukup unuk menampung keperluan hidup untuk selama dua puluh dan juga menanggung persekolahan Julia itu. Dia berkahwin dengan Zaidi pun bukan kerana nafsu atau pun mahu kebendaan. Juliza hanya fikirkan tentang Julia itu yang tak punyai seorang ayah. Dia mahukan Julia hidup seperti orang lain yang mempunyai ayah. Itu sahaja.

Apabila puan Juliza sudah tahu siapa itu Zaidi, dia berpura-pura tidak tahu dan melakukan perhubungan seperti biasa dengan Zaidi itu. Tetapi dia membuat perancangan untuk pergi ke Singapura, kerana di sana rumah miliknya yang dibeli oleh Kapten Firdaus itu masih kosong tiada didiami orang. Namun sebaliknya Zaidi juga bukan sembarangan orang. Dia sudah aturkan orang-orangnya untuk mengawal pergerakkan puan Juliza dan juga Julia. Kemana saja mereka pergi laporan akan sampai kepada Zaidi. Jalan dia untuk keluar daripada Zaidi sangat susah. Mahu melaporkan perkara itu ke pihak berkuasa nanti perniagannya akan terjejas. Jika asset asset Zaidi itu dirampas sudah pasti asset-asset dan juga wang simpanan miliknya dibekukan? Itu yang membuatkan dia tidak mahu melapurkan kepada pihak berkuasa. Julia pula sudah membuat perancangannya, apabila dia selesai menduduki peperiksaan STPM dia berhasrat mahu pergi ke Klang. Julia mahu berkerja di tempat Suraya yang berkerja di complex center point itu. Perancanga Julia itu sangat-sangat digalakan ibunya. Perancangannya itu sememangnya itulah yang paling-paling ditunggu-tunggukan oleh Zaidi. Kerana jika Julia keluar daripada rumah itu maka kerja-kerjanya di dalam rumah itu boleh dilakukan sehingga ke petang.

Zaidi pula sangat bijak dan teratur pergerakkannya. Sesiapa yang tidak tahu dan hanya perhatikan dari luar saja sudah pasti dia itu dilihat sebagai seorang kontraktor. Jadi jika ada orang yang keluar masuk di dalam kawasan rumahnya itu sudah pasti atas urusan barang-barang pembinaan seperti tong cat, kayu dan besi-besi lebihan unuk disimpan ditepi rumahnya. Itu yang menyebabkan masyarakat terlepas pandang kepada rumah milik puan Juliza itu. Sindiket haram Zaidi itu hampir terjejas setelah puan Juliza mengambil cuti selama dua bulan dan berehat di rumah sahaja serta serahkan tugasnya kepada Farah untuk menguruskan agensi perlancungannya itu. Zaidi pula menjadi marah dan tidak dapat menahankan panas barannya itu lalu dia menggunakan secara halus agar dia dapat melakukan kerja-kerja mereka di dalam rumah itu.

Zaidi telah menggunakan sirap morfin dimasukkannya ke dalam kotak minuman orange juice, dan dibiarkannya air minuman itu di dalam peti ais di dalam rumah itu. Namun sifat seorang wanita itu adalah lemah akhirnya tewas juga di atas kelicikan Zaidi itu. Puan Juliza dan anaknya Julia berjaya ditidurkan selama empat jam, dan selebihnya dua jam lagi itu setelah kedua beranak itu tersedar mereka hanya menghabiskan masa mereka di atas katil mereka sahaja. Pada hari itu pula hari dimana Farah tahu puan Julia dan anaknya itu akan mula kembali ke pejabat semula. Setelah Farah dapati puan Jualiza dan anaknya Julia itu tidak hadir ke pejabat dia sudah mula mengesaki ada sesuatu yang tak kena di dalam rumah puan Juliza itu. Farah cuba pergi ke rumah puan Juliza pada waktu selepas magrib itu. Apabila Farah datang menemui puan Juliza baru dia tahu apa yang sedang terjadi kepadanya. Barulah puan Juliza luahkan segala-gala rahsia yang terpendam di dalam hatinya kepada Farah. Dan Farah dan puan Juliza mula atur satu perancangan baru untuk keluar secara halus daripada Zaidi. Tetapi mereka masih tak berjaya, dan takut nyawa puan Juliza dan anaknya dan termasuk dia juga akan terancam. Lalu mereka abaikan saja niat mereka itu dan mereka terus lakukan tugas mereka unuk menguruskan agensi perlancungan tersebut.

Julia pula setelah habis peperiksaannya telah pergi berehat ke kampungnya untuk menemui tok wannya di Perlis. Setelah dua minggu dia di kampung lalu dia kembali ke Kuala Lumpur untuk menemuninya untuk kali terakhir kerana dia akan pergi ke Klang untuk pergi mencari Suraya. Tetapi nasib Julia pula tidak baik di bandar Klang itu. Apabila dia pergi ke tempat dimana Suraya itu berkerja Suraya pula sudah tidak berkerja di tempat itu lagi. Kerana Suraya telah pun pergi ke Kuala Pilah berkerja di sebuah bank tempat kakanya berkerja. Maka Julia dengan perasaan hampa mahu kembali semula ke Kuala Lumpur, dia mengambil keputusan untuk berkerja di pejabat ibunya sahaja.

Namus sedemikian, setelah Julia berada di tengah-tengah kesibukkan orang di hentian bas di bandar Klang itu Julia terlihat kelibat orang-orang Zaidi sedang mencarinya. Orang-orang Zaidi telah periksa di setiap bas-bas yang sedang berhenti di pusat bandar itu. Julia semakin cemas dan dia meminta bantuan daripada sekumpulan warga-warga Indonesia yang ramai sedang berkumpul di hentian bas itu untuk membawaanya ke complex center point semula. Dari tepi complex itu Julia menaiki teksi untuk pergi ke pelabuhan Klang. Julia berhasrat mahu menaiki komuter dari Port Klang ke Kuala Lumpur. Akan tetapi nasibnya sama seperti di bandar Klang itu juga. Sebaik sampai sahaja di depan stesen bas Port Klang itu dia terlihat masih ada juga orang-orang suruhan Zaidi itu sedang berkeliaran di stesen bas itu. Lalu Julia mengarahkan pemandu teksi itu untuk pergi ke jetty pulau ketam.

Di atas jetty pulau ketam itu pula hari sudah masuk waktu senja. Tiada sesiapa pun yang berada di situ, yang ada hanya pakcik tua yang sedang meninggalkan botnya di tepi pantun itu, kerana dia mahu mengejarkan waktu magribnya untuk menunaikan solat. Julia mengambil kesempatan untuk memasuki kedalam bot itu untuk melihat bagaimana rupa keadaan bot itu. Namun sedemikian, sebaik sahaja dia berada di dalam bot itu orang-orang Zaidi sudah pun berkumpul di atas pelantar jetty pulau ketam itu. Maka itu Julia sudah terperangkap, dan dia sudah tidak boleh keluar daripada bot itu lagi. Apabila hari sudah mula gelap Apoo yang berbangsa cina yang merupakan pemilik sebenar bot itu telah memindahkan botnya itu ke tengah perairan. Kerana ada sebuah bot lain yang mahu merapat di tepi pontun itu. Julia bersembunyi di dalam bot itu tanpa disedari oleh pemandu bot itu.


                                          




Julia sudah menjadi buntu dan tidak tahu mahu berbuat apa-apa lagi. Dia mematikan dirinya, serta bersembunyi di ruangan penumpang di dalam bot itu. Dia berbuat sedemikian kerana orang-orang Zaidi itu kesemuanya telah berkumpul di atas jetty tersebut. Sebelarnya Julia tidak tahu bahawa di Port Klang itu adalah menjadi pengkalan orang-orang Zaidi untuk mengadakan perjumpaan mereka. Namun nasib Julia adalah sangat baik setelah dia bersua dengan Azmi di dalam bot itu.

Azmi yang pada ketika itu bersama rakan-rakannya yang berbangsa Myanmar sedang mahu pulang ke atas kapal mereka yang sedang berlabuh di perairan pelabuhan utara. Azmi yang terkejut melihatkan Julia yang berada di dalam bot itu lalu dia jatuh simpati setelah Julia menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya. Dua orang warga Myanmar yang duduk di bahagian atas beersama jurumudi itu pula telah terkejut apabila melihat Julia tiba-tiba muncul keluar daripada bot itu, termasuk juga jurumudi bot itu juga bertanya kepada Azmi dari mana datangnya Julia itu dengan tiba-tiba muncul. Namun Azmi pandai berdalih dan memberikan alasannya yang munasabah. 

Apabila Julia sudah berada di atas kapal itu Azmi terpaksa berdalih dengan mengatakan Julia itu adalah sepupunya yang baru habis belajar yang mahu membuat praktikal dibidang maritim. Memandangkan kabin di atas kapal itu masih ada lagi yang kosong Azmi telah membenarkan Julia untuk menginap di kabinnya. Dan Azmi telah berpindah ke kabin yang berada di dek yang paling atas. Azmi telah berjanji dengan Julia bahawa dia akan menemai Julia untuk pergi ke Kuala Pilah untuk mencari Suraya itu apabila dia ada mempunyai masa lapang. Julia telah terselamat berada di atas kapal Altavista itu. Anak-anak kapal yang berada di atas itu hanyalah tinggal separuh sahaja, kerana pada kebiasaannya apabila Altavista itu kembali dari pelayarannya kapten dan pegawai-pegarawai yang lain kesemuanya akan pulang ke kampung. Dan mereka-mereka yang berada di atas kapal itu telah melayan Julia dengan baik. Mereka menganggap Julia seperti adik mereka. Julia sangat-sangat terhutang budi dengan Azmi kerana Azmi membenarkan dia menumpang di atas kapal itu. Akan tetapi, Azmi berdepan dengan masaalahnya pula? apa alasan yang harus dia jawab jika kapten Morshidi itu akan datang semula ke kapal itu nanti? Itulah yang merunsingkan Azmi. Setiap hari dia memikirkan berapa lamakah dia akan menyimpan Julia di atas kapalnya.

Saturday, July 4, 2026

Sinopsis : Izzati Samudera

Izzati Samudera, Kisah bermula berkenaan dengan sepasang suami isteri yang tinggal di Amerika. Mereka telah melakukan satu jenayah besar yang melibatkan industri keewangan di Amerika. Latifah dan Hassan merupakan psangan suami isteri telah berjaya memindahkan wang kepunyaan pengedar dadah yang terbesar di Amerika, dan juga wang daripada pemilik-pemiilik kasino yang berada diseluruh dunia. Latifah dan Hassan telah berjaya memindahkan wang kepunyaan pengedar dadah, dan juga wang milik pemilik-pemilik kasino di seluruh dunia itu memindahkan ke dalam akaun mereka. Kedua-dua pasangan itu telah mengumpul wang tersebut dengan niat ingin menaja puak IS di timur tengah. Akan tetapi, nasib mereka itu tidak baik, sebelum pasangan itu mahu meninggalkan Amerika, mereka telah ditangkap oleh pihak FBI.

Bersabit dengan kesalahan yang mereka lalukan itu, Hassan telah dipenjarakan selama dua puluh tahun, dan Latifah dikenakan penjarakan selama lima tahun. Akan tetapi, tiga hari sebelum mereka itu ditahan, Latifah sempat memindahkan kesemua wang yang disimpannya di rumah dimasukkan ke akaunnya yang lain, daripada itu pula wang simpanan itu dipindahkan masuk ke dalam akaun adiknya bernama Faizzah. Latifah menyuruh adiknya meneruskan perjuangan mereka itu. Dia mahu Izzah bertemu dengan David Shang, yang berada di selatan Thailand untuk menguruskan penyeludupan senjata ke timur tengah itu. Pada mulanya, Izzah bersetuju untuk meneruskan projek itu. Tetapi, apabila Izzah pulang ke Malaysia dia berubah fikiran. Izzah tidak mahu menaja penjualan senjata itu kepada IS, tetapi dia telah membukan syarikat perkapalan supaya dia membantu kepada golongan-golongan kurang berkemampuan. Untuk menuruskan sebuah syarikat perkapalan bukannya mudah baginya, kerana dia tak ada pengalaman di dalam bidang industri perkapalan. 

Izzah menjadi buntu, dan mahu menutupkan syarikatnya kerana dia ditipu oleh Sabri yang menguruskan  syarikat itu. Lama kelamaan Izzah  telah memberhentikan Sabri, kerana Sabri telah mencabul Zuraidah di dalam pejabatnya. Izzah terpaksa belajar semula cara-cara untuk menguruskan syarikat perkapan. Pada hari-hari kelepasan, sedang Izzah bersiar-siar di ibukota, secara tak senaja dia telah bertemu kawan satu kelasnya dulu bernama Amri. Mereka berdua kembali bersatu semula dan menjalinkan kemesraan seperti dulu. Walau pun dua orang daripada mereka iaitu Saiful sudah berkahwin, dan Aishah telah kembali kerahmatullah. Namum sedemikian mereka tetap merasakan mereka berdua itu massih bersama meeka.

Izzah tahu, bahawa Amri masih tidak dapat melupakan Aishah serta dia sering menyalahkan dirinya di atas kematian Aishah itu, namun begitu, apabila Izzah seringkali memujuk Amri dan menasihati Amri supaya menyerahkan perkara yang berlaku itu sebagai takdir barulah Amri dapat menerima kenyataan itu. Tetapi disudut hati Amri pula sudah berubah, dia tak mahu lagi nak menjalinkan persahabatan yang mendalam dengan mana-mana wanita kerana dia tak mahu menjadi pisang berbuah dua kali. Izzah pula sama seperti mana yang dirasai Amree itu, cuma perbedzaannya berlainan daripaa Amree, kerana Saiful kekasihnya itu telah berkahwin dengan rakaan mereka juga. Itu yang Izzah tidak boleh terima kenyataan. Setelah merdua itu sering kali bertemu, akhirnya mereka terima juga apa jua keadaan yang belaku itu adalah satu suratan.

Setelah hampir enam bulan mereka itu menjalinkan perhubungan Izzah tidak tahu bahawa Amree itu mempunyai pengalaman di dalam industri maritim. Selepas dia mengetahui bahawa Amri mempunyai pengalaman sebagai pegawai navigasi, dia mula menawarkan Amri sebagai ketua pegawai eksekutif untuk menguruskan syarikat perkapalannya. Tetapi pada mulanya, Amree ingin menjadi pekerja sementara, kerana dia ingin mengajar Swee Peng anak saudara taukey Wong yang mempunyai kelab malam tersebut, kerana Amri juga tinggal di sebuah bilik kecil di atas kelab malam itu. Kebiasaannya Amri mengajar Swee Peng selepas jam 2 petang.

Amri mempunyai bakat yang baik sebagai pemuzik di kelab malam. Jika ada sebuah kumpulan muzik telah menamatkan kontraknya di kelab itu Amri akan memainkan muzik di kelab malam itu buat sementara waktu sementara menunggu kumpulan baharu itu datang ke tempat tersebut. Izzah akur dengan masalah itu asalkan Amree mahu membantunya di pejabat kerana dia sudah mula menyayangi Amri.

Monday, February 27, 2023

Sinopsis e-novel Tebusan

Tebusan, tajuk e-novel hasil karya Azahar Tajuddin atau nama penanya Alzarith, kini telah dibuat di dalam bahasa melayu, dan jika novel ini dibuat di dalam bahasa Inggeris ia memakai tajuk "Kidnap'" Novel ini mengisahkan Elena seorang gadis remaja dari Sakhalin yang telah mengalami kekecewaan dan juga kemurungan setelah dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Di atas apa yang berlaku itu Elena telah mengambil keputusan dengan hanya untuk mendiamkan diri di dalam rumahnya sahaja tanpa mahu menemui sesiapa mahu pun teman-teman yang paling rapat sekali dengannya. Dia berbuat sedemikian kerana semata-mata dia mahu melupakan teman lelakinya itu. Setelah beberapa bulan dia menyepikan diri di rumahnya Elena merasa tersangat bosan keatas apa yang dilakukannya itu. 

Elena mula mengubah gaya hidupnya dengan cuba mencipta satu tarian disco ciptaanya sendiri, untuk menjadi pereka tari sepertimana yang dimahukan itu tidaklah susah baginya, kerana Elena ada mempunyai diploma seni tari iaitu tarian ballet, dia sudah belajar tarian ballet itu pada waktu umurnya lima tahun lagi. Maka itu, setiap hari pagi petang siang dan malam dia sering menari di dalam kamarnya sambil membukakan lagu-lagunya dengan kuat.

Kerana terlalu rimas dan terganggu dengan bunyi dentuman yang kuat, bapa Elena telah memanggil tukang rumah yang profesional untuk mengubah suaikan bilik Elena itu. Kini segalanya telah selesai kerana bilik Elena itu telah dibuat sound prof. Biar pun Elena membuka lagu-lagu itu dengan kuat seperti sesalu tetapi di luar bunyinya tidak kedengaran. Daripada wajahnya yang nampak kemurungan pada suatu ketika dahulu kini Elena menjadi ceria semula setelah bapanya membenarkan Elena untuk menyertai suatu pertandingan tarian disebuah kelab yang ternama di St. Peterburg itu. 

Setelah berada di St Petersburg gaya kehidupan Elena telah berubah dengan sekelip mata, apa yang lakukan selama ini rupanya tidak sia-sia, Elena telah menjuarai pertandingan tersebut, dan namanya pula tersebar meluas di dada akhbar, dan juga dimedia elektronik diseluruh Russia. Elena mendapat hadiah yang lumayan, wang bernilai US $100,000 ribu berserta tiket penerbangan ke Bali serta menginap di hotel yang ternama di Indonesia selama seminggu ditanggung oleh kelab yang ternama itu. Inilah detik yang paling terindah sekali bagi seorang gadis remaja yang berada pada eranya. Dengan hanya berdiam diri di rumah itu sebenarnya ada hikmahnya pula sebaliknya setelah dia ditinggalkan oleh kekasihnya itu. Elena sudah mula kembali seperti dirinya yang dulu, dia lansung tidak lagi memikirkan tentang masalah yang lalu itu.

Beberapa hari kemudian, setelah dia kembali ke Sakhalin dia telah menolak serta tidak mahu dibuat temuramah dengan mana-mana wartawan dan juga setesen Tv, Elena mengambil keputusan untuk meninggalkan negaranya dengan bertujuan hanya untuk melancung ke negara Asia Tenggara. Akan tetapi, Elena pula telah mengubahkan fikirannya, Elena memulangkan tiket penerbangan itu dengan mengatakan dia tidak mahu pergi ke Bali, dengan alasan dia tidak mahu pergi kemana-mana. Setelah dia mendapat wang daripada tukaran tiket penerbangan itu lain pula niatnya. Dia mahu memulakan perjalanannya dengan hanya mengambil jalan darat dengan menaiki keretapi pergi ke Nepal, India, Bangladesh, Myanmar hingga ke negara Thailand. Apabila dia telah berada di Padang Besar, dia pun cuba menelefon Roslan dengan cara saja-saja sebagai untuk bertanya khabar, kerana dia baru teringat bahawa Roslan rakannya yang sama belajar di Ukraine itu dulu adalah warga negara Malaysia. 

Roslan yang mendapat panggilan daripada Elena itu pula tidak menyangka bahawa Elena itu sudah berada di Malaysia, dia menjadi terkejut, dan dia menelefon Elena sekali lagi serta dia berpesan supaya teman lamanya itu tidak pergi kemana-mana lagi, kerana dia akan menjemput Elena itu dengan membawa keretanya sendiri menjemputnya ke Padang Besar. Elena tersangat gembira mendengarkan berita itu.

Setelah Roslan menjemput Elena di Padang Besar itu dia membawa teman lamanya itu berehat di rumah rumah kakaknya yang berada di Pulau Langkawi. Secara kebetulan pula Roslan baru membukakan perniagaan kraf tanagan serta kain batik dan songket di Langkawi itu. Setelah empat hari Elena berada di Langkawi dia mengajak Roslan untuk menemaninya ke Tg Piai pula, kerana Elena teringin sangat mahu memijakkan kakinya ke tanah yang terpaling hujung sekali di selatan benua Asia itu. Roslan bersetuju untuk menemani Elena untuk pergi ke negeri Johor itu. Mereka menghabiskan masa di Tg Piai hanya enam jam sahaja, kemudiannya mereka berdua bermalam di Singapura.

Setelah empat hari mereka berehat di Kota Temasik itu, Elena mengajak Roslan pergi ke Pulau Sipadan Sabah pula. Roslan pada mulanya merasa keberatan untuk pergi kesana kerana Elena berkata dia mahu pulang ke Russia melalui Singapura sahaja, apabila Elena berkata dia masih lagi merasa tak puas untuk berada di bumi Asia Tenggara, maka Roslan pun bersetuju untuk menemankannya untuk pergi ke negeri di bawah bayu itu pula. 
 
Di Singapura itu, Roslan merasakan dirinya seperti dipermain-mainkan oleh Elena pula, Roslan merasa terkejut dan gementar setelah dia membuka dompet Elena yang tertinggal di kamarnya itu, dia terlihat ada sekeping gambar Elena sedang bersama ayah dan ibu, berserta juga adik perempuannya.Yang membuatkan Roslan itu menjadi tanda tanya ialah kerana dia melihat bapa Elena itu memakai unifom tentera yang berpangkat tinggi. Sedangkan apa yang dia tahu di universiti itu dulu daftar rekord pelajar-pelajar telah tercatit, bapa Elena itu berkerja sebagai petani sahaja. Tetapi kini lain pula maklumat peribadi temannya itu. Roslan mengambil keputusan untuk meninggalkan Elena di Singapura itu, dan dia mahu segera balik ke Langkawi. Akan tetapi apabila dia melihat Elena menangis, dan meminta maaf diatas penipuan dirinya selama ini dia menjadi kasihan pula keatas Elena. Dan pagi itu juga Elena menceritakan segalanya pada Roslan bahawa dia dengan kekasihnya sudah tiada apa-apa lagi. Roslan akhirnya bersimpati dengan dengan temannya itu, dan seterusnya dia pun bersetuju untuk menemani Elena ke Sabah.


 

Di bumi di bawah bayu itu keadaan Roslan sudah berubah pula, dia mula mencintai Elena. Begitu juga keadaannya dengan Elena, perasaannya kepada Roslan semakin mendalam. Elena seolah-olah tidak mahu meninggalkan Roslan, dia pula berubah fikiran dengan mahu tinggal lama di pulau Sipadan itu. Elena menempah resort itu untuk tinggal selama sebulan. walaupun mereka itu pergi melawat ke tempat-tempat lain di Sabah itu akan tetapi mereka pasti akan kembali ke pulau itu semula.

Kerana mereka tinggal lama di Sabah, Roslan terpaksa tinggalkan Elena untuk beberapa waktu kerana dia mahu baalik ke Langkawi untuk meguruskan perniagaannya. Dia berjanji pada Elena dia bahawa dia pulang ke Langkawi selama seminggu, selepas itu dia akan datang semula ke Sabah. Namun apa yang terjadi ke atas diri masing-masing, baru tiga hari tidak bersua muka maasing-masing mnjadi gelisah, segala-gala apa yang dibuat semuanya tak kena. Siang dan malam masing-masing sama-sama merindui. Roslan ingin mengubah rancangannya, dia mahu berangkat ke Sabah pada hari jumaat. 

Tetapi dia pula merasa terkejut, pada hari ketiga itu Elena telah datang ke Langkawi untuk melepaskan rindunya. Pada kali ini pula Elena tidak menginap di rumah kakak Roslan, dia hanya menginap di hotel berdekatan pantai Cenang itu. Melihatkan keadaan serta riak diraut wajah Roslan dan Elena itu, Zuraidah kakak kepada Roslan sudah mula menjadi kurang senang, kerana dia tahu adiknya itu dengan Elena itu adalah bukan muhrim. Kakak Roslan telah memarahi adiknya itu di dalam rumahnya. Sebagai seorang adik, Roslan dengar serta patuhi kepada kemahuan kakaknya itu. Namun disebaliknya pula, Roslan telah menipu kakaknya itu dengan mengatakan dia hanya mahu menghantar Elena ke Lapangan terbang untuk pulang ke negaranya. Akan tetapi, pada hari jumaat itu pasangan yang dilamun cinta itu telah terbang ke Sabah semula. Mereka kembali ke pulau Sipadan. Dan di dalam pesawat penerbangan itu mereka telah merancang mahu pergi ke Bali Indonesia pula.

Namun sedemikian, takdir telah menentukan segalanya. Setelah tiga hari mereka berada di pulau itu, satu kejadian yang tidak diingini pula telah berlaku. Sekumpulan pengganas Abu Sayyaf telah menculik mereka berdua, dan merampas bot yang dipandu oleh Roslan itu, bot yang disewakan Roslan itu lalu dibawa ke tempat persembunyian Abu Sayyaf di kawasan sebuah pulau terpencil di perairan Philipina. Kedua-dua pasangan itu semakin menjadi cemas dan buntu serta tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi, mereka berdua itu hanya berserah diri kepada Allah sahaja.

Dalam keadaan situasi yang mencemaskan itu, Roslan cuba berbuat sesautu. Dia juga sangat mahir dengan perairan di laut Sabah, laut Sulu dan serta laut Celebes, kerana dia sering mengikut bapa saudaranya yang merupakan seorang kapten kapal tangki yang sering belayar ke Filipina dan juga ke Indonesia pada ketika dia sedang menunggu keputusan SPM itu dulu. Dan sebelum dia pergi belajar ke Ukraine, dia telah mengikut bapa saudaranya itu hampir dua tahun berkerja di atas kapal. Dengan pengalaman belajar navigasi dengan bapa saudaranya itu Roslan sudah dikira mahir dan tahu membaca peta-peta lautan serta memberikan kordinat yang tepat jika sesebuah kapal itu menghadapi kecemasan atau pun kapal yang akan tenggelam di sesuatu perairan itu.

Dengan semangat keberanian, serta bertawakal kepada apa-apa yang berlaku itu Roslan telah dapat mencuri masuk kedalam bilik setor penyimpanan makan dan perubatan pada ketika anggota kumpulan itu sedang nyenyak tidur serta keletihan. Di atas meja di dalam setor itulah Roslan dapat membaca kedudukan kordinat pulau yang terpencil itu kerana ada beberapa keping charta lautan yang sememangnya berada di atas meja itu. Dengan membaca kordinat Latitude dan Longitude yang ditandakan pada atas charta itu dia ingin berbuat sesuatu untuk mendapankan bantuan dan pertolongan daripada pihak berkuasa Filipina, Malaysia atau pun Indonesia.

Tetapi dia gagal untuk berbuat sedemikian, kerana bimbang pihak pengganas itu tahu apa yang mahu diperkatakan. Akhirnya dia mendapat satu idea. Dia meminta menggunakan telefon satelit kepunyaan Abu Sayyaf itu untuk menghubungi bapa Elena yang berada di Russia itu.


Tuesday, October 9, 2018

Synopsis of Izzati Samudera

Izzati Samudera, The story begins with a couple living in America. They have committed major crimes involving the financial Industry in America. Latifah and Hassan have managed to transfer money belonging to the biggest drug dealers in America, as well as money from casinos located all over the world. Latifah and Hassan have managed to transfer money belonging to drug dealers, and also money belonging to casino owners around the world into their accounts. They did so because they wanted to sponsor the IS faction in the middle east. For three years they did the work without being detected by anyone. But before the couple wanted to leave America, they were arrested by the FBI.

Hassan was sentenced to twenty years in prison, and Latifah was imprisoned for five years. Three days before they were arrested, Latifah managed to transfer all the money into her sister's account named Faizzah. Latifah told her sister to continue their struggle. She wants Izzah to meet David Shang, who is in southern Thailand to manage arms smuggling to the middle east. At first, Izzah agreed to go ahead for the project. But when Izzah returned to Malaysia she changed her mind. Izzah did not want to sponsor the sale of the weapons to IS, but she opened a shipping company to help the less fortunate. Finally, she meets her old friend named Amree. Since that meeting, they have been in a relationship like before.

Izzah did not know that Amree had experience in the maritime industry. After Izzah found out that Amree had experience as a navigation officer, she offered Amree as chief executive officer to manage her shipping company. Izzah wants Amree to manage and search of the necessary spare parts for use on board. But at first, Amree wanted to be a temporary worker, because he wanted to teach Wong's nephew named Swee Peng at the Jupiter 8 night club every noon. Izzah understood what Amree had said

Amree has good talent as a night club musician. When a band ended its contract at the club, Amree would play music at the night club temporarily while waiting for the new band to come to the venue. Izzah agrees to the problem as long as Amree wants to help her in the office because she has started to love him.
 

                                       



by Alzarith


Sinopsis 2 Terkuncinya Pintu Bahtera

  Setelah seminggu Julia berada di atas kapal itu, kini dia sudah tidak dapat menjejakkan kakinya ke darat lagi. Kerana setelah Azmi bersama...