Izzati Samudera, Kisah bermula berkenaan dengan sepasang suami isteri yang tinggal di Amerika. Mereka telah melakukan satu jenayah besar yang melibatkan industri keewangan di Amerika. Latifah dan Hassan merupakan psangan suami isteri telah berjaya memindahkan wang kepunyaan pengedar dadah yang terbesar di Amerika, dan juga wang daripada pemilik-pemiilik kasino yang berada diseluruh dunia. Latifah dan Hassan telah berjaya memindahkan wang kepunyaan pengedar dadah, dan juga wang milik pemilik-pemilik kasino di seluruh dunia itu memindahkan ke dalam akaun mereka. Kedua-dua pasangan itu telah mengumpul wang tersebut dengan niat ingin menaja puak IS di timur tengah. Akan tetapi, nasib mereka itu tidak baik, sebelum pasangan itu mahu meninggalkan Amerika, mereka telah ditangkap oleh pihak FBI.
Bersabit dengan kesalahan yang mereka lalukan itu, Hassan telah dipenjarakan selama dua puluh tahun, dan Latifah dikenakan penjarakan selama lima tahun. Akan tetapi, tiga hari sebelum mereka itu ditahan, Latifah sempat memindahkan kesemua wang yang disimpannya di rumah dimasukkan ke akaunnya yang lain, daripada itu pula wang simpanan itu dipindahkan masuk ke dalam akaun adiknya bernama Faizzah. Latifah menyuruh adiknya meneruskan perjuangan mereka itu. Dia mahu Izzah bertemu dengan David Shang, yang berada di selatan Thailand untuk menguruskan penyeludupan senjata ke timur tengah itu. Pada mulanya, Izzah bersetuju untuk meneruskan projek itu. Tetapi, apabila Izzah pulang ke Malaysia dia berubah fikiran. Izzah tidak mahu menaja penjualan senjata itu kepada IS, tetapi dia telah membukan syarikat perkapalan supaya dia membantu kepada golongan-golongan kurang berkemampuan. Untuk menuruskan sebuah syarikat perkapalan bukannya mudah baginya, kerana dia tak ada pengalaman di dalam bidang industri perkapalan.
Izzah menjadi buntu, dan mahu menutupkan syarikatnya kerana dia ditipu oleh Sabri yang menguruskan syarikat itu. Lama kelamaan Izzah telah memberhentikan Sabri, kerana Sabri telah mencabul Zuraidah di dalam pejabatnya. Izzah terpaksa belajar semula cara-cara untuk menguruskan syarikat perkapan. Pada hari-hari kelepasan, sedang Izzah bersiar-siar di ibukota, secara tak senaja dia telah bertemu kawan satu kelasnya dulu bernama Amri. Mereka berdua kembali bersatu semula dan menjalinkan kemesraan seperti dulu. Walau pun dua orang daripada mereka iaitu Saiful sudah berkahwin, dan Aishah telah kembali kerahmatullah. Namum sedemikian mereka tetap merasakan mereka berdua itu massih bersama meeka.
Izzah tahu, bahawa Amri masih tidak dapat melupakan Aishah serta dia sering menyalahkan dirinya di atas kematian Aishah itu, namun begitu, apabila Izzah seringkali memujuk Amri dan menasihati Amri supaya menyerahkan perkara yang berlaku itu sebagai takdir barulah Amri dapat menerima kenyataan itu. Tetapi disudut hati Amri pula sudah berubah, dia tak mahu lagi nak menjalinkan persahabatan yang mendalam dengan mana-mana wanita kerana dia tak mahu menjadi pisang berbuah dua kali. Izzah pula sama seperti mana yang dirasai Amree itu, cuma perbedzaannya berlainan daripaa Amree, kerana Saiful kekasihnya itu telah berkahwin dengan rakaan mereka juga. Itu yang Izzah tidak boleh terima kenyataan. Setelah merdua itu sering kali bertemu, akhirnya mereka terima juga apa jua keadaan yang belaku itu adalah satu suratan.
Setelah hampir enam bulan mereka itu menjalinkan perhubungan Izzah tidak tahu bahawa Amree itu mempunyai pengalaman di dalam industri maritim. Selepas dia mengetahui bahawa Amri mempunyai pengalaman sebagai pegawai navigasi, dia mula menawarkan Amri sebagai ketua pegawai eksekutif untuk menguruskan syarikat perkapalannya. Tetapi pada mulanya, Amree ingin menjadi pekerja sementara, kerana dia ingin mengajar Swee Peng anak saudara taukey Wong yang mempunyai kelab malam tersebut, kerana Amri juga tinggal di sebuah bilik kecil di atas kelab malam itu. Kebiasaannya Amri mengajar Swee Peng selepas jam 2 petang.
Amri mempunyai bakat yang baik sebagai pemuzik di kelab malam. Jika ada sebuah kumpulan muzik telah menamatkan kontraknya di kelab itu Amri akan memainkan muzik di kelab malam itu buat sementara waktu sementara menunggu kumpulan baharu itu datang ke tempat tersebut. Izzah akur dengan masalah itu asalkan Amree mahu membantunya di pejabat kerana dia sudah mula menyayangi Amri.