Terkuncinya pintu bahtera, bermula daripada kesah Azmi yang pada sebelum itu telah melakukan pelbagai perkerjaan yang dilakukannya. Tetapi dia jarang kekal lama dengan satu-satu perkerjaannya itu. Akan tetapi, setelah Nizam adik ipar kepada kapten Morshidi itu yang merupakan rakannya telah mangajak Azmi mengikutnya belayar bersama dengan abang iparnya, Azmi terus kekal lama bersama kapten Morshidi dengan syarikat perkapalan tersebut. Sedangkan Nizam itu yang dahulunya merupakan bekas pelaut daripada syarikat perkapalan yang terbesar di Malaysia iaitu Misc telah kembali ke syarikat Misc itu semula. Maka Azmi pula kekal bersama kapten Morshidi di atas kapal Altavista.
Setelah dia berada di dalam dunia maritim pula Azmi sangat selesa dan sangat menyukai dibidang yang diceburinya itu. Dia pula sangat senang bersama kaptennya, dan lebih-lebih lagi dia tinggal sekampung dengan kapten Morshidi. Dan Azmi juga sangat terhutang budi kepada kapten Morshidi itu kerana sejak dia mula menjejak kakinya di atas kapal itu dia tak tahu apa-apa, kerana dia lansung tak ada pengalaman tentang dunia pelayaran. Kapten Morshidi lah yang melatih Azmi itu sehingga dia diiktirafkan sebagai pelaut yang terlatih. Bukan itu saja, Azmi yang pada mulanya menjadi sebagai buroh maritim sahaja, kini dia telah melonjak naik akan kecekapan di dalam ilmu pelayarannya itu, adakalanya dia menjadi pegawai navigasi sementara. Lama kelamaan Azmi telah menjadi orang kercayaan kaptennya. Jika di selat melaka dan merentasi laut china selatan Azmi yang akan menavigasi kapal Altavista itu jika kaptennya itu mahu buat permeriksaan di ruangan kargo. Jika Altavista kembali dari pelayarannya Azmi akan pulang ke kampung bersama-sama dengan kaptennya.
Namun begitu, Azmi masih lagi tidak mempunyai lesen yang sah untuk memegang jawatan sebagai pembantu nakhoda, untuk mendapatkan lesen tersebut Azmi harus pergi ke Akademi Laut selama beberapa bulan baru dia boleh menduduki peperiksaan kecekapan di Jabatan Laut Malaysia itu. Lama kelamaan Azmi merasa berat kakinya untuk meninggalkan Altavista. Kerana dia sudah merasa selesa dan sangat senang dengan majikannya yang kesemua pengurus-pengurusnya berketurunan India muslim yang sangat berpegang kepada ajaran-ajaran Islam. Biarpun banyak rakan-rakannya yang sudah bertukar kepada syarikat perkapalan yang lain, namun Azmi dengan kapten Morshidi masih kekal dan setia bersama dengan Altavista. Azmi batalkan niatnya untuk bercuti panjang itu. Dia terus menjalankan operasi pelayarannya.
Dalam pada itu pula Julia yang merupakan anak tunggal kepada puan Juliza telah mempunyai masaalah dan sangat berisiko untuk tinggal di dalam rumahnya itu. Julia sudah tahu segala-galanya apa yang dilakukan oleh bapa tirinya di dalam rumahnya itu. Zaidi bapa tirinya itu adalah merupakan seorang ketua penjenayah yang sangat terancang. Zaidi dan orang-orangnya juga sering melakukan transit dan pembungkusan dadah, dan mencetak wang palsu dan juga pemerdagangan manusia untuk sendikit pelacuran. Zaidi yang berkahwin dengan Juliza itu hanyalah untuk dijadikan sebagai batu loncatan sahaja. Dia melakukan kerja-kerja haram di dalam rumah itu hanya waktu separuh hari waktu berkerja sahaja. Kerana pada waktu-waktu seperti itu puan Juliza dan Julia itu tak ada di dalam rumah itu. Lama kelamaan dengan desakkan serta aduan yang diajukan oleh Julia itu akhirnya ibunya percaya apa yang dikatakan anaknya itu. Juliza menyedari bahawa dia sudah masuk perangkap Zaidi.
Hati puan Juliza remuk dan hancur berkecai. Dia sering berfikir sendirian bagaimana dia begitu bodoh dan boleh percaya dengan dengan orang seperti Zaidi itu. Dia menyembunyikan akan perkara itu dari pengetahuan sesiapa. Apa lagi dengan kedua-dua orang tuanya di kampung itu yang tidak merestui dengan perkahwinan kali keduanya itu. Puan Juliza begitu kuat semangatnya, dia cuba cari jalan untuk keluar daripada Zaidi. Sebagai bekas seorang ketua peramugari yang mempunya agensi perlancungan sendiri dan mempunyai wang simpanannya, dan juga wang pampasan insuran kapten Firdaus itu sudah cukup unuk menampung keperluan hidup untuk selama dua puluh dan juga menanggung persekolahan Julia itu. Dia berkahwin dengan Zaidi pun bukan kerana nafsu atau pun mahu kebendaan. Juliza hanya fikirkan tentang Julia itu yang tak punyai seorang ayah. Dia mahukan Julia hidup seperti orang lain yang mempunyai ayah. Itu sahaja.
Apabila puan Juliza sudah tahu siapa itu Zaidi, dia berpura-pura tidak tahu dan melakukan perhubungan seperti biasa dengan Zaidi itu. Tetapi dia membuat perancangan untuk pergi ke Singapura, kerana di sana rumah miliknya yang dibeli oleh Kapten Firdaus itu masih kosong tiada didiami orang. Namun sebaliknya Zaidi juga bukan sembarangan orang. Dia sudah aturkan orang-orangnya untuk mengawal pergerakkan puan Juliza dan juga Julia. Kemana saja mereka pergi laporan akan sampai kepada Zaidi. Jalan dia untuk keluar daripada Zaidi sangat susah. Mahu melaporkan perkara itu ke pihak berkuasa nanti perniagannya akan terjejas. Jika asset asset Zaidi itu dirampas sudah pasti asset-asset dan juga wang simpanan miliknya dibekukan? Itu yang membuatkan dia tidak mahu melapurkan kepada pihak berkuasa. Julia pula sudah membuat perancangannya, apabila dia selesai menduduki peperiksaan STPM dia berhasrat mahu pergi ke Klang. Julia mahu berkerja di tempat Suraya yang berkerja di complex center point itu. Perancanga Julia itu sangat-sangat digalakan ibunya. Perancangannya itu sememangnya itulah yang paling-paling ditunggu-tunggukan oleh Zaidi. Kerana jika Julia keluar daripada rumah itu maka kerja-kerjanya di dalam rumah itu boleh dilakukan sehingga ke petang.
Zaidi pula sangat bijak dan teratur pergerakkannya. Sesiapa yang tidak tahu dan hanya perhatikan dari luar saja sudah pasti dia itu dilihat sebagai seorang kontraktor. Jadi jika ada orang yang keluar masuk di dalam kawasan rumahnya itu sudah pasti atas urusan barang-barang pembinaan seperti tong cat, kayu dan besi-besi lebihan unuk disimpan ditepi rumahnya. Itu yang menyebabkan masyarakat terlepas pandang kepada rumah milik puan Juliza itu. Sindiket haram Zaidi itu hampir terjejas setelah puan Juliza mengambil cuti selama dua bulan dan berehat di rumah sahaja serta serahkan tugasnya kepada Farah untuk menguruskan agensi perlancungannya itu. Zaidi pula menjadi marah dan tidak dapat menahankan panas barannya itu lalu dia menggunakan secara halus agar dia dapat melakukan kerja-kerja mereka di dalam rumah itu.
Zaidi telah menggunakan sirap morfin dimasukkannya ke dalam kotak minuman orange juice, dan dibiarkannya air minuman itu di dalam peti ais di dalam rumah itu. Namun sifat seorang wanita itu adalah lemah akhirnya tewas juga di atas kelicikan Zaidi itu. Puan Juliza dan anaknya Julia berjaya ditidurkan selama empat jam, dan selebihnya dua jam lagi itu setelah kedua beranak itu tersedar mereka hanya menghabiskan masa mereka di atas katil mereka sahaja. Pada hari itu pula hari dimana Farah tahu puan Julia dan anaknya itu akan mula kembali ke pejabat semula. Setelah Farah dapati puan Jualiza dan anaknya Julia itu tidak hadir ke pejabat dia sudah mula mengesaki ada sesuatu yang tak kena di dalam rumah puan Juliza itu. Farah cuba pergi ke rumah puan Juliza pada waktu selepas magrib itu. Apabila Farah datang menemui puan Juliza baru dia tahu apa yang sedang terjadi kepadanya. Barulah puan Juliza luahkan segala-gala rahsia yang terpendam di dalam hatinya kepada Farah. Dan Farah dan puan Juliza mula atur satu perancangan baru untuk keluar secara halus daripada Zaidi. Tetapi mereka masih tak berjaya, dan takut nyawa puan Juliza dan anaknya dan termasuk dia juga akan terancam. Lalu mereka abaikan saja niat mereka itu dan mereka terus lakukan tugas mereka unuk menguruskan agensi perlancungan tersebut.
Julia pula setelah habis peperiksaannya telah pergi berehat ke kampungnya untuk menemui tok wannya di Perlis. Setelah dua minggu dia di kampung lalu dia kembali ke Kuala Lumpur untuk menemuninya untuk kali terakhir kerana dia akan pergi ke Klang untuk pergi mencari Suraya. Tetapi nasib Julia pula tidak baik di bandar Klang itu. Apabila dia pergi ke tempat dimana Suraya itu berkerja Suraya pula sudah tidak berkerja di tempat itu lagi. Kerana Suraya telah pun pergi ke Kuala Pilah berkerja di sebuah bank tempat kakanya berkerja. Maka Julia dengan perasaan hampa mahu kembali semula ke Kuala Lumpur, dia mengambil keputusan untuk berkerja di pejabat ibunya sahaja.
Namus sedemikian, setelah Julia berada di tengah-tengah kesibukkan orang di hentian bas di bandar Klang itu Julia terlihat kelibat orang-orang Zaidi sedang mencarinya. Orang-orang Zaidi telah periksa di setiap bas-bas yang sedang berhenti di pusat bandar itu. Julia semakin cemas dan dia meminta bantuan daripada sekumpulan warga-warga Indonesia yang ramai sedang berkumpul di hentian bas itu untuk membawaanya ke complex center point semula. Dari tepi complex itu Julia menaiki teksi untuk pergi ke pelabuhan Klang. Julia berhasrat mahu menaiki komuter dari Port Klang ke Kuala Lumpur. Akan tetapi nasibnya sama seperti di bandar Klang itu juga. Sebaik sampai sahaja di depan stesen bas Port Klang itu dia terlihat masih ada juga orang-orang suruhan Zaidi itu sedang berkeliaran di stesen bas itu. Lalu Julia mengarahkan pemandu teksi itu untuk pergi ke jetty pulau ketam.
Di atas jetty pulau ketam itu pula hari sudah masuk waktu senja. Tiada sesiapa pun yang berada di situ, yang ada hanya pakcik tua yang sedang meninggalkan botnya di tepi pantun itu, kerana dia mahu mengejarkan waktu magribnya untuk menunaikan solat. Julia mengambil kesempatan untuk memasuki kedalam bot itu untuk melihat bagaimana rupa keadaan bot itu. Namun sedemikian, sebaik sahaja dia berada di dalam bot itu orang-orang Zaidi sudah pun berkumpul di atas pelantar jetty pulau ketam itu. Maka itu Julia sudah terperangkap, dan dia sudah tidak boleh keluar daripada bot itu lagi. Apabila hari sudah mula gelap Apoo yang berbangsa cina yang merupakan pemilik sebenar bot itu telah memindahkan botnya itu ke tengah perairan. Kerana ada sebuah bot lain yang mahu merapat di tepi pontun itu. Julia bersembunyi di dalam bot itu tanpa disedari oleh pemandu bot itu.

Julia sudah menjadi buntu dan tidak tahu mahu berbuat apa-apa lagi. Dia mematikan dirinya, serta bersembunyi di ruangan penumpang di dalam bot itu. Dia berbuat sedemikian kerana orang-orang Zaidi itu kesemuanya telah berkumpul di atas jetty tersebut. Sebelarnya Julia tidak tahu bahawa di Port Klang itu adalah menjadi pengkalan orang-orang Zaidi untuk mengadakan perjumpaan mereka. Namun nasib Julia adalah sangat baik setelah dia bersua dengan Azmi di dalam bot itu.
Azmi yang pada ketika itu bersama rakan-rakannya yang berbangsa Myanmar sedang mahu pulang ke atas kapal mereka yang sedang berlabuh di perairan pelabuhan utara. Azmi yang terkejut melihatkan Julia yang berada di dalam bot itu lalu dia jatuh simpati setelah Julia menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya. Dua orang warga Myanmar yang duduk di bahagian atas beersama jurumudi itu pula telah terkejut apabila melihat Julia tiba-tiba muncul keluar daripada bot itu, termasuk juga jurumudi bot itu juga bertanya kepada Azmi dari mana datangnya Julia itu dengan tiba-tiba muncul. Namun Azmi pandai berdalih dan memberikan alasannya yang munasabah.
Apabila Julia sudah berada di atas kapal itu Azmi terpaksa berdalih dengan mengatakan Julia itu adalah sepupunya yang baru habis belajar yang mahu membuat praktikal dibidang maritim. Memandangkan kabin di atas kapal itu masih ada lagi yang kosong Azmi telah membenarkan Julia untuk menginap di kabinnya. Dan Azmi telah berpindah ke kabin yang berada di dek yang paling atas. Azmi telah berjanji dengan Julia bahawa dia akan menemai Julia untuk pergi ke Kuala Pilah untuk mencari Suraya itu apabila dia ada mempunyai masa lapang. Julia telah terselamat berada di atas kapal Altavista itu. Anak-anak kapal yang berada di atas itu hanyalah tinggal separuh sahaja, kerana pada kebiasaannya apabila Altavista itu kembali dari pelayarannya kapten dan pegawai-pegarawai yang lain kesemuanya akan pulang ke kampung. Dan mereka-mereka yang berada di atas kapal itu telah melayan Julia dengan baik. Mereka menganggap Julia seperti adik mereka. Julia sangat-sangat terhutang budi dengan Azmi kerana Azmi membenarkan dia menumpang di atas kapal itu. Akan tetapi, Azmi berdepan dengan masaalahnya pula? apa alasan yang harus dia jawab jika kapten Morshidi itu akan datang semula ke kapal itu nanti? Itulah yang merunsingkan Azmi. Setiap hari dia memikirkan berapa lamakah dia akan menyimpan Julia di atas kapalnya.